Monday, April 20, 2009

MADU TUALANG

MADU TUALANG





KHASIAT MADU TUALANG

Sabda Rasulullah,

"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu.
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang
ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu,
seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakitkeluar darinya."





>

>

Madu merupakan sejenis makanan yang mengandungi
pelbagai khasiat.Antara kebaikan madu yang telah

diketahui umum adalah:


>

1. Menghilangkan kepanasan, batuk serak suara,
mencerdaskan otak serta dapat melembabkan kerongkong .
>


2. Meningkatkan keupayaan tenaga batin.



>

3. Melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan dan
menjadikan kulit licin dan halus ( awet muda).



>

4. Menyelaraskan peredaraan darah, berkesan terhadap
tumbesaran remaja dan kanak-kanak secara normal (bayi setahun keatas sahaja) .



>

5. Meningkatkan daya ketahanan badan/tenaga.



>

6. Mengelakkan dari cepat mengantuk dan dapat mencegah tanda-tanda selsema.



>

7. Baik bagi wanita semasa mengandung ( 6 bulan ke atas) dan setelah bersalin (selepas 20 hari).



>

8. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Kajian ini telah dibuktikan secara saintifik.
>

>



Ciri- ciri madu tualang :


Lebah-lebah ini bersarang dan menghasilkan madunya di
puncak-puncak pokok tualang (Konpassia excelsa) dan
menjadikannya sangat sukar untuk diambil berbanding
dengan madu lebah biasa dan hanya diperolehi mengikut
musim. Di ambil dari kawasan hutan-hutan tebal yang
terlindung daripada pencemaran alam sekitar .
Lebah-lebah tualang ini juga tidak bersarang di
sebarang pokok tualang. Pokok tualang adalah pokok
yang tertinggi di hutan tropika dan merupakan pokok
yang ke tiga tertinggi di dunia.






MADU TUALANG : PRODUK SEMULAJADI PENUH KHASIAT DAN BERPOTENSI
MADU TUALANG : RAJA SEGALA MADU DI DUNIA
MADU TUALANG : ANTARA PRODUK HUTAN TERBAIK DI DUNIA



Sumber makanan dan minuman semulajadi merupakan imunisasi terbaik untuk sistem tubuh kita umpama rumah yang memberi perlindungan daripada hujan, panas, ribut dan sebagainya. Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi yang pesat, kegunaan dan kepentingan sumber-sumber semulajadi ini semakin dipinggirkan malah kurang menjadi pilihan generasi masa kini. Madu lebah merupakan salah satu sumber makanan semulajadi yang mempunyai rahsia dan khasiat yang belum puas diterokai. Kualiti madu lebah asli telah diakui kehebatannya terutama dalam bidang perubatan tradisional dan kini sedang giat dikomersilkan oleh pelbagai pihak. Apakah peranan masyarakat dan agensi berkaitan dalam membongkar rahsia khasiat dan potensi madu bagi melahirkan usahawan-usahawan terutama di kalangan generasi baru dan seterusnya mampu menjana ekonomi Malaysia.

Kajian saintis menunjukkan bahawa lebah telah wujud lebih 40 juta tahun yang lalu dan madu lebah merupakan antara produk hutan yang terbaik di dunia. Madu lebah telah terbukti mengandungi pelbagai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit. Malah kajian saintis kira-kira 2,700 tahun yang lalu telah mengiktiraf madu lebah mengandungi ciri-ciri bahan antibakteria sebagai unsur utama dalam pembuatan antiseptik. Di Malaysia sendiri terdapat beberapa jenis madu lebah yang boleh didapati di pasaran seperti madu Tualang, Pucuk Daun dan Gelang.




Madu Tualang yang mendapat namanya daripada pokok Tualang (sejenis pokok hutan yang tertinggi di Asia Tenggara) telah diiktiraf sebagai madu yang terbaik di dunia. Adalah dikenalpasti bahawa madu lebah yang diperolehi di kawasan ini dianggap terbaik kerana pengambilan nectar oleh lebah dari pelbagai jenis bunga himpunan lebih daripada 200 jenis bunga hutan. Dipercayai mengandungi pelbagai vitamin seperti B1, B2, B3, B5, B6, C, zat besi dan zink serta pelbagai unsur-unsur lain, madu lebah Tualang layak digelar Raja Segala Madu yang terdapat di hutan negara ini.









Sebagai sumber antibiotik semulajadi yang mampu menjana sistem imunisasi manusia yang lebih teratur, adalah amat wajar madu lebah Tualang menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai makanan tambahan dalam kehidupan seharian Mengikut kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), didapati madu Tualang mampu membantu mengurangkan jangkitan saluran pernafasan bagi jemaah haji menghadapi cuaca tidak menentu di Mekah di mana ianya boleh menghindari gejala batuk, sakit tekak, demam serta selsema. Melalui kajian yang sama, Dekan Penyelidikan Sains Klinikal, Profesor Dr. Nor Hayati Othman mendapati bahawa kandungan hormon di dalam madu Tualang juga mampu meningkatkan tahap kesuburan serta merangsang keghairahan seksual di kalangan lelaki. Amalan mengambil madu Tualang juga dapat menghindari kanser melalui unsur anti-oksida yang terdapat di dalamnya serta membantu mengurangkan berat badan kepada mereka yang mengalami masalah obesiti.

Harga Hanya: RM35.00 sebotol




Sila Hubungi:

Roslan: 012 5980847

Wan: 012 4191974

No comments:

Post a Comment